Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Monday, October 17, 2011

hotsetap vs tak hotsetap

hi.
Ok kali ni nak bercerita pasal budak hot.  Diulangi.. BUDAK HOT. ok bukan artis. Dah tentu la tak popiular mcm retis2 tu.Bukan jugak blogger popiular Tp budak hot yang biasa-biasa je.  ..  Ok muka cantik. Cun. Bukan bajet cun. Tapi memang cun la. OK budak hot kan. Mestila mempunyai pakej yang lengkap. ye dop?  heh heh heh.
budak HOT
Siapa tak tahu kan fenomena kat fesbuk sekarang macam mana. Ok mereka rasa sangat CUN buat muka  macam tu.  ENTAHLAH.Aku tak paham sebenarnya. Janji mereka hepy. BUT, bukan ni yang aku saja nk timbulkan isu tapi nak story bila budak hot di atas update status...
okeyyyyyyy..  :D
Budak hot wat status merepek meraban sakit perut nak berak pon ramai yang like. Hokey.. sebenarnya aku tak paham x paham dan x paham. Adakah mereka rasa mereka cun dan mereka boleh update status apa-apa je??  takpelah. meh tengok . kih kih kih.


Okey aku tahu mereka hot. Ada friends ribu riban. So 20 30 friends like status dia nak berak pon takda hal la kan.


Okeyy sekali lagi mereka hot dan cun habis.  :D  
Status budak hot memang macam ni ke? SELALUNYA macam ni la kan. Ohhhh dimana kekasih hatiku nie... ewwwww... 
kalau budak hot wat status macam nie

TAPI... Kalau budak tak HOT buat?




Budak X HOT


Okey fine aku sedar aku tak HOT. :D  Nak cakap 20.. seorang pon x ingin nak like..Ada friends ratus2 je. Muka pon tak hot SO xda sape la  nak like. HAHAHA. Lumrah kan. 
ok tu je nak kongsi. 

akhir kata ,selamat likes status budak hot nak berak. lalalalaala :D

kbye!

Tuesday, October 4, 2011

Kadang-kadang seolah-olah

Hidup ni kekadang tak menjanjikan apa-apa bagi aku. 
Hidup je selagi dapat hidup. Sepeti tak ada arah tujuan. Apa yang aku nak dalam hidup.  Apa yang aku kejarkan. Apa yang aku rasakan. Seolah-olah di awangan. 
Pegang tak dapat. Rasa tak rasa. 
kadang-kadang hati ni susah nak duga. 
Rasa sayang.. rasa ego.. rasa marah.. rasa sedih.. kadang-kadang takut kehilangan diri sendiri.. 
mana aku yang dulu.. mana aku yang sekarang.. keliru..
Takut yang aku rasa sekarang seolah-olah menghimpit aku.
 Aku beritahu diri sendiri.. ''Aku dah dewasa'' 
aku perlu hadapi semua ni. Walaupun sendiri tak dibantu sesiapa.
 Walaupun ada dia yang selalu ada. 
Kadang-kadang rindu tu datang bertimpa-timpa.. 
seolah-olah sayang aku sampai aku takut kehilangan dia. 
Seolah-olah aku tak boleh hidup tak ada dia.
 Nak je ada dia depan mata. 
Yang boleh aku pandang lama-lama. 
Yang boleh aku nampak mata dia yang memandang aku. 
Kadang-kadang sayang aku sampai aku takut kehilangan dia. 
 Rindu walau tiap hari jumpa. bertentang mata.
 berkongsi rasa sayang dan cinta.. 




k bye!

Wednesday, September 28, 2011

aku kamu dan cartoon

Bila kita lama tak update blog.. ayat mukadimah  mesti...'' dah lama aku tak update blog.. dah berhabuk blog aku ni..'' betul tak? Aku pun sama nak buat ayat macam tu tapi cepat-cepat aku delete.. lepas tu aku buat ayat cover.. hahahaha. 
Aku tahu blog aku ada seorang yang selalu baca. Sikit-sikit suruh aku update blog. Malas taip la abang.. muahahaha.. Orang lain tak baca pun xpe. Busybody je. :P opppsss 

maaf blog ni xda motif.. dah hilang arah.. kah kah kah
boleh tak nak bajet ramai baca blog aku ni.. ala ala cik ayam wahhhhhh

sekarang semester 5.. waduh  busy wat modeling 3D. Harap menjadi animasi aku tu nanti. Jangan jadi macam 2D sudeyyy.. Bila tengok balik cisssss bedebah.. Rasa poyo dan tak best langsung.. hehehe budak baru belajar. Tak hebat. :( 

tapi hebat la jugak.. bagi aku la kan.... :Dkarya aku masa semester 3  jom ar tengok.. jom ar  :P


bila dah sem 5 ni baru rasa fuhhhhh... penatnya.. bebannya.. subjek makin 'merosakkan otak' aku.. Tapi ini jalan yang aku pilih kan.. rasa sanagt wonderful! bila aku dah tahu guna software yang superb aku kira. 

 craked face
Dulu mana la aku tahu guna photoshop bagai.. sekarang boley la. hebat la sikit aku rasa dari siti nurhaliza.
kah kah kah.. 

splash water
rasa macam riak sikit. Tapi cepat-cepat aku halau jauh-jauh. Ada lagi yang hebat. Hehehe. sesape nak suruh edit gambar meh la suruh hamba. Aku caj suruh topup 3rm je. Tak banyak pun. Tu pun kalau nak la. sekeping pic caj tolong topupkan 3rm. Ni no aku 999. 





gambar-gambar atas ni gua rasa gua bajet hebat la jadi jurugambar... (jurugambar? gua nk eja omputeh.. tapi lupa lak cana).. Ni homework gua for kelas fotografi. Sejak ada baby canon gua rasa gua nak jadi sombong sikit. Kah kah kah.. Gua macam gedik nak upload bebanyak. Tapi cukup la tu. Nanti ada orang puji gua hebat pulak. Tak memasal kena upah jadi photogra eh jurugambar kawen.. hak3.. :D


k bai! 


Friday, July 22, 2011

pemandangan di waktu pagi


AKU  MENIKMATI WAKTU PAGI YANG INDAH
SYUKUR MASIH NAMPAK HIJAU DAUN
PUTIH AWAN
BIRU LANGIT
ORENNYA MATAHARI
SEJUK UDARA PAGI
KICAUAN BURUNG MENCARI REZEKI
KELIBAT HOSPITAL TERSEGAM SEPI
AKU BERSYUKUR!
ADA MEMORI YANG AKAN TERCATAT HARI INI
BUKAN AKU SEORANG TAPI BERJUTA MANUSIA
ADA YANG GEMBIRA
ADA YANG BERDUKA
ADA YANG BERMURAM DURJA 
ADA YANG BERPELUK SUKA
ADA YANG MENAHAN SAKIT
ADA YANG DIJEMPUT ILLAHI
SEMOGA MEREKA TABAH! 
ALLAH KUATKAN MEREKA

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii (maafkan aku)

ya tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkan aku. Ya Allah ampuni mereka sayangilah mereka tutuplah aib-aib mereka dan angkatlah darjat mereka berilah mereka rezeki berilah mereka rezeki berilah mereka petunjuk sihatkanlah mereka ya Allah dan maafkanlah mereka. AMIN Ya ALLAH. 

Monday, June 6, 2011

Who am I ?

Who am i?
Siapa aku?sebenarnya aku belum sedar siapa aku.Aku ni orang yang macam manakah?Adakah aku seorang yang bagus? Bila aku fikirkan kembali aku ni bukanlah sebagus mana.Bukanlah sekuat mana.Aku seorang gadis 19 tahun yang biasa.Gadis yang biasa-biasa.Anak orang biasa-biasa.Tak kaya tak miskin tapi sederhana.Dimana pada Oktober 12 tahun 1992 aku dilahirkan dengan berat 2.34 kg dan diberi nama NoorAtiqah dan aku membesar menjadi seorang gadis yang mempunyai ibu bapa yang begitu menitikberatkan soal pelajaran.

Aku juga dilahirkan dengan takdir memiliki sifat-sifat kreatif iaitu kecenderungan otak kanan memikirkan hal-hal yang kreatif dan berseni.Apakah sifat-sifat kreatif yang ada pada diri aku?Orang yang kreatif ialah orang yang memiliki sifat tabah,sabar,tekun,dan berdisiplin.Adakah aku mempunyai sifat-sifat tersebut? Aku hanya manusia biasa.Kadang-kadang aku mempunyai sifat-sifat tersebut dan kadang-kadang ada halangan yang membataskan aku untuk memiliki sifat-sifat tersebut apabila perkara yang berlawanan dengan sifat tabah,sabar,tekun dan berdisiplin mula menguasai diri.Halangan-halangan yang menghalang aku menjadi orang yang kreatif juga disebabkan dengan perasaan malu,takut dan tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai.Aku mengaku inilah kelemahan aku.Aku akan cuba memperbaiki supaya menjadi lebih baik.

Jika ada perkara yang memaksa aku untuk memerlukan kesabaran yang tinggi aku akan lakukan.Contohnya untuk mencipta sesuatu yang kreatif.Seperti contoh melakukan kerja-kerja seni seperti membuat sesuatu daripada kayu.Semua orang tahu untuk menghasilkan sesuatu dari kayu perlu mempunyai kesabaran dan ketelitian yang tinggi untuk menyiapkan dengan baik dan aku merasakan aku berjaya melakukannya.

Sejak sekolah rendah aku sedar aku banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian.Formula menghafal aku lebih banyak menggunakan kaedah lukisan untuk aku mengingati sesuatu.Sehingga aku di  sekolah menengah kaedah sebegitu sudah sebati dalam hidup aku.Subjek pendidikan seni menjadi subjek wajib aku mendapat A.Manakala subjek matematik tambahan  ialah subjek yang paling aku lemah sehingga setiap ujian aku akan gagal matematik tambahan.Kenapa aku gagal? Sebab utamanya aku lebih banyak menggunakan otak kanan.Iaitu otak yang mengawal perkara-perkara kreatif sehingga aku merasakan otak kiri aku yang mengawal perkara-perkara logical dan lebih kepada fakta begitu lemah.

Ciri-ciri kreatif telah lama wujud sejak aku kecil.Kenapa aku mengatakan ciri-ciri kreatif ada dalam diri aku?Aku lebih menggunakan intusi ataupon lebih banyak membuat keputusan dengan menggunakan gerak hati dan kadang-kadang aku merasakan gerak hati aku lagi tepat dari logik akal.Selain itu aku lebih banyak merenung masa depan dan lebih banyak berkhayal daripada memikirkan rasional dan sebab serta akibat. Bagaimana aku menunjukkan daya kreatif aku? Daya kreatif aku ditunjukkan dalam setiap hasil karya.Dengan peratus otak aku lebih tertumpu kepada otak kanan aku lebih cenderung bermain dengan warna, muzik dan emosi. Maka tidak hairanlah semua hasil karya aku banyak bermain dengan warna dan emosi yang berubah-ubah mengikut situasi.

Bagaimana pula dengan muzik? Bagaimana aku menggunakan unsur muzik dalam kehidupan seharian?Setiap hari aku akan mendengar muzik samaada lagu sentimental ataupun lagu heavy.Muzik itu sendiri akan mencetuskan mood untuk aku berkarya.Hasil-hasil karya aku  yang tidak seberapa kebanyakan dari kehidupan sekeliling.Apa yang berlaku pada masa itu,ketika itu, akan aku potretkan pada sekeping kertas ataupun dengan mengunakkan MS paint ataupun lebih moden menggunakan software Adobe Photoshop CS4.Dengan fugsi otak kanan yang mengawal tindakkan merenung maka terhasilah karya-karya aku hasil pandangan sekeliling.
Hasil-hasil karya aku bukan sahaja terdiri daripada lukisan malah terdiri juga daripada bentuk-bentuk puisi yang  banyak aku coretkan blog peribadi.Puisi-puisi yang dihasilkan kebanyakkan melibatkan  hati dan perasaan tentang orang-orang sekeliling dan rapat dengan aku. Melalui pendekatan secara menyeluruh puisi yang dihasilkaan bersifat sintesis ataupun mempunyai kesimpulan yang tersendiri dan pembaca berhak membuat tafsiran sendiri berdasarkan apa yang mereka fahami.

Sebagai seorang manusia dan beragama islam aku sangat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku dengan sifat-sifat kreatif ataupun dianugerahi keupayaan menggunakan otak kanan berbanding otak kiri.Mengikut pendapat aku, kecenderungan menggunakan otak kanan lebih bersifat kebebasan dalam berkarya tanpa diganggu oleh fakta  dan logik akal.Hal ini kerana sifat otak kanan yang mengawal unsur spiritual atau khayalan membuatkan kita bebas berfikir sehingga ke luar lingkup norma manusia.Dan inilah yang terjadi kepada diri aku sehingga aku tahu siapa diri aku dan kecenderungan yang bagaimanakah yang aku gunakan dalam kehidupan seharian saban hari.
Inilah serba sedikit tentang siapa aku sebenarnya.



Saturday, June 4, 2011

bila aku sorang-sorang aku terfikir sesuatu

KADANG-KADANG HATI ORANG LAIN SUSAH KITA NAK JAGA. WALAUPUN KITA TAHU KITA TAK SENGAJA.YANG PASTI WALAU SAPE PUN BERSALAH.. MAAF ITU PERLU ADA. 

Tuesday, May 24, 2011

kasut biru rubina

Seorang wanita bangun dari tidur tanpa tubuh. Seorang budak lelaki cuba meniti keperitan alam kedewasaan bila haiwan mini mula keluar dari anusnya. Apa yang akan anda lakukan jika malaikat terlupa membawa unikon untuk harijadi anak perempuan anda? Dan apakah semua kasut jahat, atau hanya yang biru saja?

Watak2 dalam Kasut Biru Rubina mahu hidup dalam kehidupan biasa. Tapi yang luar biasa berlaku. Pendek, mengejutkan dan penuh penipuan yang hanya boleh lahir dari akal seorang penipu surat berantai Nigeria, cerpen Sufian Abas adalah snapsyot yang menerangkan keanehan dalam dunia yang wujud dalam mimpi ngeri kita.

Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpen pop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakaibuang (disposable literature) yang dipelopori penulis Yahudi kelahiran Vienna, Hermann Broch, ia diharap dapat menghiburkan pembaca dalam beberapa waktu mereka terperangkap di latar urban ini (misalnya ketika di dalam elarti, tatkala menunggu awek/balak, sewaktu menanti azan sebelum berbuka atau menunaikan solat dsb). Selepas dibaca ia bolehlah dibuang atau lebih afdal lagi didermakan kepada mereka yang dahagakan bahan bacaan tapi tak mahu terjerumus dalam pembacaan remeh seperti membaca tanda jalan, kotak konflek, notis dari jawatankuasa kampung, majalah mangga, atau surat pemberhentian kerja.



AKU NAK CARI BUKU NIE.. INI SERIUS! RM 15.00 FOR KASUT BIRU RUBINA..
terima kasih kedai e sastera!!

Sunday, May 22, 2011

ixara siantan merah





Kisah anak tunggal yang paling bahagia di waktu kecilnya..ibunya disahkan tidak dapat memberinya adik akibat kanser rahim.Rahim ibunya dibuang selepas dia menginap selama 9 bulan 10 hari.Dia yang pertama dan dia yang terakhir!
Ixara…indah namanya umpama siantan merah yang mekar berbunga.Tidak wangi tapi madunya manis.Semanis waktu kecilnya.Dibaja disiram penuh kasih.Ibu dan abah cukup kasih akan siantan merah.Dari sekolah rendah ke menengah pulangnya pasti berjemput.Dia peluk erat pinggang abah setiap kali menjadi pembonceng motosikal abahnya.
Tapi Ixara x mekar selamanya…tragedy kematian serta merta abahnya menjadi igauan.Dia tak keruan.Konflik si gadis terus mencengkam.Si gadis 16 tahun bukan lagi gadis! Siantan merahnya dipetik.Madunya dihisap dan dibuang! Hidupnya mendung.Norma kehidupannya berubah.Dia semakin liar menjalar.Tumbuhnya melata-lata.

Burung terbanglah…jangan berjalan.Pertemuannya dengan burung hitam berjalan di atas jalan memberi semangat baru. Ya itu benar…burung ada sayap…jangan berjalan…terbanglah.Dia tekad.Hidupnya perlu kembali ke jalan yang lurus.Burung ada sayap untuk terbang menyelamatkan diri..tapi dia punya kaki untuk terus berlari…dia tekad!

 

ya.. gelap itu malam

malam gelap.. hostel siswi KYM.. melaka.. aku keluar dari bilik.. ingin mencoretkan sesuatu.. duduk berdiri di tembok sambil tengok malam.. ya malam itu gelap..8:59 p.m.. dari jauh nampak kelibat lampu isyarat tekun melakukan kerjanya.. fikiran aku memikirkan sesuatu...
" Cik Leha? sy x faham catatan apa yang Cik Leha suruh buat?? adakah diari?? ooohh

entahlah.. aku hanya coretkan something yang aku nampak.... rasa... betol ke buku aku ni?
xpelah.. janji aku catat.

melihat pak guard bangunan sebelah yang termenung.. haisyy -___-''... x bosan ker jadi pak guard?

aku lihat lagi ke dada langit.. bintang satu cahaya terang dari yang lain.. menonjol...
AKU MAHU JADI SEPERTINYA!!!

aku pandang lagi.. kali ni ke depan.. kiri dan kanan.. aku lihat kaki langit.. jelas menunjukkkan BUMI INI BULAT!
YA ALLAH..KAGUM...




p/s: aku geram minah tu naek tangga bunyi plap plap plap kasut dia... CILAKE... !!!
sunday:22/5/2011 9:08 p.m Hostel kym melaka
t
a
t
a
-___-''

Saturday, May 21, 2011

Friday, May 20, 2011

aku mahu lihat matahari


di hostel.. kolej yayasan melaka.. jam 6:37 petang.. 
matahari seolah-olah malu menonjolkan diri..
 walaupun aku tahu dia ada.
Panas itu buktinya.. 
susah akal mencernakan apa yang aku fikir
Tapi aku tahu akal itu yang mampu membuatkan  aku berfikir.

t
a
t
a
-___-''

Sunday, April 17, 2011

hijau

aku hanya budak hitam yang 
G E M O K

-____-

Saturday, April 16, 2011

tolong ada lagi esok



entry khas untuk dia yang aku baru kenal x sampai 24 jam.
keletahnya yang aku rasa manja.mungkin.
Aku x pasti.Tapi memang begitulah aku kira.
Selama aku hidup keturunannya memang begitu.Tuhan apa patut aku buat. 
Perasan aku yang pada mulanya hipokrit lama2 buat aku layu pada lumrah dunia.
Aku juga manusia kan.
Aku x kisah kalau dia pergi dalam keadaan hati aku mengizinkan 
tapi dia yang meronta mahu melepaskan diri.
dia pergi dalam keadaan begitu.tapi luke cakap xper lepaskan dia. Tapi aku tahu luke lg sedih.
*
*
*
*
petang 16 april luke bawak dia. luke lari-lari menggelabah masuk bilik lepas balik giant.Tuhan apa masalah dy nie.Kelam kelibut jer ak tengok.Aku sabarkan jer ati aku nie. cuak kot.
aku tanya kenapa.luke cakap tengok luar. aku yang pada mulanya takut cuba memberanikan diri aku.aku tengok luar..Aku nampak dia.Sayu.
Dia nanges sambil pandang aku.Muka dia darah2.Kaki dia...
*
*
*
*
Luke masih nanges-nanges.Tapi aku masih stedy.Dalam hati Tuhan jer tahu apa aku rasa. 
Aku tolong luke bersihkan dia.Mandikan dia.Dia nampak tenang.mungkin sakit.lepas tu kami biar dia rehat dalam bilik.Apa boleh buat.Orang yang hanya tahu melukis x tahu jadi doktor.
xda sape yang pedulikan dia.xda sape yng nakkan dia.Selamat ada luke.
sampai hati org yang buat dia macam tue.
*
*
*
*
dalam satu ruang sempit. dia hembuskan nafas yang pantas.
mampukah dia hidup.6:30 petang Mana lagi mampu bawak dia.semua tempat digoogle.. ya esok! harap sangat dia dapat bertahan sampai esok.
dia tenang.Tetapi masih ada tangisan kecil.aku & luke biarkan dia seketika.
*
*
*
*
8:00 p.m luke ajak aku jadi doktor.Maaflah.. aku hanya mampu jd nurse.aku x tahu apa.Aku takut sebenarnya.Di atas lantai berlapikkan surat khabar dia dibaringkan.Dia masih tenang tp dia nampak sangat lemah.Nafas dia makin laju.Perlahan-lahan luke balutkan kaki dia.
Aku pegang kejap badan dia.Tiba2 dia nanges kuat.Kenapa...?
*
*
*
*
Perut dia.Perut dia luka!.Tapi luke cakap jangan pandang.Misi sekarang pasal kaki dia.Kaki dia mesti dibalut.Aku sebenarnya pon takut nk tengok.Aku ikotkan cakap luke.Tapi dia nanges2 lagi.Mungkin sakit sangat.Kaki dia dah nampak tulang.Serius x sanggup pegang dia kuat2 macam tu.Luke balut kaki dia
cepat2.Balut jer mampu.Nak cuci luka dia guna dettol antiseptic pon x sanggup.
Takut dia pedih.Apa boleh buat.Lepas balut dia terus tido.Dia diam jer.Mesti sakit sangat.
*
*
*
*
Dia terus tido.Diam jer.xpe aku n luke biarkan dia berehat.
11 malam : tiba2 dia melompat.Dia dah mula nanges2.
masa tu luke dah baring. Nak tido mungkin.
aku panggel luke.Aku dah mengelabah x tahu buat ape.
Luke bangun.luke dah start nangis.Tapi aku x. Aku masih hati keras.luke angkat ltak balik dia kat ruang sempit tue..x sampai seminit dia nk keluar balik.
Apa patut dibuat??Dia xnak dalam ruang sempit tue.
Dia lompat lg.Aku cakap luke.Biarkan dia kat luar.Dia panas kot.Luke cakap nk tukar balutan kaki tu. Dah penuh darah.Kesiannya dia.
Dia baring lemah atas lantai.Dia nanges lg kuat.Ya Allah sakitnye dia.
Masa dia baring tu badan dia turun naek. laju sangat! luke keluar kol boyfie dia. Tanya ap patut dibuat. Dia suruh ak tengok2kan dia.Tahu x apa aku nampak????
*
*
*
*
ISI PERUT DIA TERBURAI! 
aku lari2 cari luke.Aku gitau luke isi perut dia ada terburai. 
Luke angguk2 jer. luke dah tahu rupanya.
Tuhan..... sakitnya dia.Mungkin sakit kat kaki dia x terasa sangat..
 Mungkin kat perut dia lebih sakit! 
orang tua-tua cakap jauh dari perut xpe.Tapi dia betol2 kat perut.
Patutla dia dah x tahan.lebih 3 jam dia tidur je tiba2 dia sanggup lompat semata2 nak baring atas lantai.
Tahu x masa dia baring atas lantai dia nampak lemah sangat.luke duduk tepi pintu.Tiba2 dia bangun.Dia jalan terhinjut2 menuju pintu keluar.luke nangis lagi..
aku pandang jer dia keluar.luke kejar dia sambil nangis2.Aku dah buntu.luke pon.X tahu dah ap patut dibuat.
*
*
*
*
Aku duduk atas katil sambil pegang kepala.Serius buntu.Aku pergi kat luke.Luke cakap nak bawak dia turun bawah.Nak letak kat bawah.Aku tanya kenapa.Luke cakap.. lepaskan dia pergi.Luke cakap dia keluar dari bilik sebab dia dah x tahan.Dia dah tahu dia nak pergi.luke cakap dia kalau nak mati dia akan pergi jauh-jauh.Dia xnak kitaorg sedeh.Aku ikotkan jer.Dari tingkat dua aku n luke bawak dia belakang hostel.masa tu dah 12 malam.Aku tanya luke betol ker nk letak dia kat bawah.Luke cakap iqah lepaskan dia pergi. Apa aku boleh buat. Luke masa tu dah nanges2. Aku? aku hati keras.|cikitlah. ;'( |
*
*
*
*
Masa kat belakang hostel aku tanya luke.
Betol ker nak letak dia kat sini?
luke cakap xper. Biarkan dia pergi.Serius x sampai hati.Bayangkanlah.. :'(
lepas letak dia luke tiba2 ubah fikiran.
Dia cakap letak tempat laen sebab ada  longkang besar


*
*
*
*
luke cakap letak dia kat belakang kafe.kitaorg pon angkat dia.sampai belakang kafe kitaorg letak dia. dia macam relakan jer.macam dia dah tahu.dia diam jer xder nanges2..masa tu kitaorg duduk pandang dia.luke dah nangis lagi.luke cakap dengan dia sambil nanges2.luke belai dia.luke cakap kat dia kalo dia ada esok luke bawak dia g klinik.serius  luke cakap dengan dia.betol2 berharap.aku pandang jer.x nangis.Hati keras.
dalam baper minit duk situ luke ajak balik.aku tanya luke betol ker nk letak dia kat situ?luke cakap biarkan dia pergi iqah.jom balik.jangan buat aku ubah fikiran..
aku sebak! kaki aku x dapat nk bangun.aku cakap luke.. kau balik la dulu.jap g aku balik.
luke terus melangkah.. x toleh belakang lagi.aku??
aku x dapat tahan lagi.. lumrah.. aku nangis teresak2.. Tuhan tolong dia tuhan.aku belai dia. aku nangis. dia pandang lepas tu dia tunduk.Dia macam nak gitau.. jangan nangis iqah... tapi aku x boleh.. selama ni aku hipokrit.. aku hati keras aku tahan...
lumrahnya aku nangis jugak... 
tapi kenapa dia diam jer? kenapa dia x nangis jugak.. dia pandang aku jer.pastu dia tunduk.
sebaknya..aku cakap kat dia... aku mintak maaf x dapat tolong dia.. 
aku cakap kat dia tolong ada lagi esok
tolong ada lagi esok
tolong ada lagi esok..
bertahan kejap jer.
tuhan tolong dia..
aku nanges lagi.. aku belai dia.. 
aku cium kepala dia.. 
aku mintak maaf...
aku x mampu buat apa2..


sekarang dah 3:12 pagi.. aku pandang luar.. betol2 tempat kucing tue.. ada lagi ker dia? 
aku mintak  tolong ada lagi esok. amin~~ 
a
t
a
-___-''

Friday, April 15, 2011

akukah daun itu tanda soal


malam.. :) 
pada suatu hari burung-burung berkicauan.. ada yang bekerja ada yang bergembira.. tiba-tiba sehelai daun gugur dek tiupan alunan  angin.. berakhir sudah riwayat si daun.. mungkin setahun.. mungkin dua tahun c daun terlekat elok di tangkainya.. dulu hijau c daun mampu melawan angin walau sekuat mana.. tetapi bila diri mulai kuning... mulai koko.. mulai layu.. c daun x tertahan.. layu gugur.. terbang mencari destinasi yang x pasti.. sedang c daun terbang.. dia lihat.. indahnya ciptaan tuhan.. bebas terbang mengikut alunan angin.. c daun tahu keindahan dia hanya sementara.. sekejap.. akhirnya dia jatuh.. rebah tidak bertuan.. siapalah yang memandang dirinya? tua layu.. dulu ada juga yang memuji.. indahnya.. segarnya kehijauan daun-daun.. ditemani burung-burung berkicauan bebas bersarang di pohon tempat tinggalnya dulu... kini.. c daun keseorangan.. menunggu dipijak..  dihina c penjalan kaki durjana... durjanakah penjalan kaki?? memang nasib c daun begitu.. dulu masa hijau muda dia hanya mampu melihat.. mentertawakan generasi-generasinya yang layu dulu sebelomnya.. bila tiba gilirannya.. dia hanya mampu akur.. mampu pasrah.. tiada apa yang boleh dibuat.. memang lumrah kehidupan..terdengar suara-suara anak muda dia atas sana.. mengejek akan dirinya yang tua.. apakan daya.. dulu dia juga begitu.. 
ya! c daun tahu anak-muda itu juga akan jadi sepertinya.. bukan berdoa.. bukan berminta.. tapi ini lumrahkan? tiada apa yang perlu dirisaukan..ya mereka akan jadi sepertinya.. cuma dia tahu dia xkan mampu melihat mereka lg.. dia semakin tenat.. semakin nazak.. dirinya sudah carik.. sudah berlubang..kaki kaki lembaga itu semakin menjadi-jadi.. semakin mendekati dirinya.. arghhhh tidak.. gelap gelita.. buta x nampak.. 
c daun dalam kegelapan.. dimana dia.. ? tiba2 ada cahaya.. owhh dia dipijak lg.. hinanya dia.. apakan daya.. 


t
a
t
a
 -___-''

Saturday, April 2, 2011

tolong jangan baca !! ini tulisan comot

pagi ! hari ini aku kembali untok menaip sepatah ribu  huruf.. dah lama x jenguk blog ! ak rindu !
entah kenapa perasan ak x macam dulu.Dulu tiap hari tgok blog.. smpai org laen naik muak tgok ak dengan blog.. ehh ! pasal la.. nothing to story.. tp banyak benda nk diluahkan..pasal hidup pasal kolej..pasal family pasal kawen.. cettt ! 
minggu ni ak bz giler. mcm2 kena buat. tapi ak masih keluar dating ! eh itu perlu.. bak kata dia untok caj! haha. rindu dia. :) walaupon tiap hari jumpa.:P

dah lama x balik kedah.. aku rindu ! rindu mak.. rindu ayah! rindu adik! rindu atilia.. rindu nk masak kasi adik n atilia makan.. pastu aku tanya.. sedap x ?? 
adik n atilia mesti cakap sedap.. hihihi 
memang la.. aku yang masak kan?kah kah kah *gelak kuat2
aku rindu kucing! KURAP nama dia.sihatkah? tapi bila ak balik ak xderla amik kisah pon pasal kurap tu.. 
kesianya kurap.dah setahun 4 bulan dia kat rumah sejak 1.1.2010.. walau xder saper sayang kat dia.Sebab dia  kurap kan..
tapi dia setia! aku sayang dia!
hidup ak kat sini makin tertekan.. tapi bak kata seseorang.. 
''....banyakkanlah berlapang dada....'' amin~~
aku cuba.. 
grrrrr...x kira!! ak nak story gak kenapa mengapa hati ak macam sempit...
ermmm
RAMAI X SUKA AKU KAT SINI....
pertama: pakcik bas
kedua:pakcik guard hostel
ketiga:pakcik guard Melaka Central
keempat:pakcik penyelia hostel
kelima: pakcik penyelia hostel 2

perasan x? perasan x?
kenapa semuanya dari golongan pakcik2??
huuhhhh ! pakcik2 tu memang x suka aku!
peduli apa aku!
lantak ar...
cehhhh tengok tengok
napak sangat ak x hormat orang tua KAN?sedikit rude... kan kan kan...
yang aku x paham dengan pakcik2 no 1.. no 2 plak ak tahu salah aku..
pakcik no3 no4 n no5 memang buat hidup aku macam penjenayah ! 
*sila rujuk atas untok tahu pakcik no1-no 5*

 nak tahu kenapa ???


to be continue............

*(''....sebenarnya ramai lg x suka aku... siapalah aku di mata mereka... hanya insan ''kerdil'' x tahu apa2... sering ditindas dan dipergunakan demi kepentingan peribadi...kerana diri aku bukanlah luar biasa..
maaf... ak sebenarnya x pandai jaga diri... please awk... jaga saya.. :(....''_)
*ayat tacing 
bluekkkkk...


ada lagi benda ak nak story...cerita bermula 6 november 2010 sampai 3april 2011..iaitu hari ini.. ! yah hari lahirnya seorang wanita yang melahirkan seorang lelaki berumur 22 tahun. aper tue? heppy besday makcik! :)
ya.. aku mengaku aku sayangkan lelaki  yang dilahirkan wanita itu. tabahnya beliau membesarkan lelaki degil itu sampai sekarang.Lelaki yang dulu aku pandang x nampak.. lelaki yang aku bisu tak dengar.. lelaki yang aku x tahu rupa2nya ada..
ada kat sini... *sila letak tangan kat dada..
serius x sangka..
 ya tuhan.. tetapkan hati aku
tetapkan hati dia..
tetapkan hati kami 
terima kekurangan dia
terima kekurangan aku sampai bila bila pon..
*ikrar... INSYAALLAH KALI NIE AKU JANJI..
terima kasih makcik sebab lahirkan dia. 
lepas ni atiqah nk jaga dia. :P

walau awk kurus
walau awk x rambut cacak
walau awk pendek *sy lg pendek +gemok 
walau awk pakai seluar lubang2
kasut carik
baju comot
kuat makan
kuat tido
kuat angkat orang
kuat kalahkan org gusti tangan
kuat maen games car town milionare city malah games counter strike skali pon
ataupon awk degil x dengar cakap 
ataupon awk marah sy chat dengan momo
satu jer mesti awk tahu
ORANG TETAP SAYANG AWK...
*idif dengan idifaa mesti tengah senyum sekarang..
*5 years kemudian : idif idifaa pon x suka papa merokok.. please papa.. we need fresh air !

OKEH enough iqah... next story...:)

ari nie 3 april.. sedia maklum besday mak dia.. esok besday ayah aku pulak.. rindu kat ayah..
E P Y BESDAY A Y A H ! SEMOGA 49 TAHUN AYAH LEBEH BERMAKNA!!
x selalu ak story sal ayah aku.. macam biasa ayah aku lelaki...ada misai mcam a.galak gerak khas..
ayah aku suka tegok Tv 1 n Tv 2.. tv 3789 dia x suka.. sejak tv satu g rosak aku akak atilia n adik selalu berebut dengan ayah... ayah nk tegok bola.. aku nk tengok korea.. masa ni la berlaku gusti antara aku dengan ayah.. biasanya ayah aku mesti kalah ! hahaha
bukti aku ni seorang yang kuat kan?? hahaha
*xderlah.. sbb ayah aku kan ayah.. ermmm tima kaseh ayah. :)
semoga mak n ayah kekal bahagia.
tunggu anak mak n ayah  nie kasi mak yah duet juta juta.. amin~~


okeh : sambung balik kenapa pakcik2 tu x suka aku...
pakcik bas:dulu setiap kali naek bas nk g kolej kalo turun bas mesti say ... terima kasih pakcik...
pakcik tu mesti jawab SAMA-SAMA...
tapi sejak 2 bulan lepas setiap kali aku turun bas ak cakap terima kaseh dia dah x cakap sama2.. tapi dekat orang sebelom aku n selepas aku boley pulak dia cakap sama-sama..
maaf ini bukan aku tuduh2.. 2 bulan aku siasat! memang betol kat aku sorang jer dia x cakap sama-sama  WALAU AKU IALAH ORANG TERAKHIR TURUN BAS ! ada yang x kena di situ... tapi ak x tahu apa punca...apa salah aku?? yangaku tahu tiap hari aku naik bas turun bas  g kelas..MENTAL kowt pakcik tu..tgok aku segak sangat.. ha!! kan aku dah kurang ajar.. !dan penyelesaiannya..
AKU XKAN UCAP TERIMA KASEH LAGI.. !!

pakcik guard hostel:yang nie dia x suka aku sebab aku keluar ari tue..dia marah aku sebab aku keluar jejalan dengan 'dia'.
maaf pakcik.. ini life saya.. saya ada hak nk keluar dengan sape2 pon... pakcik x boleh halang saya selagi saya tahu apa saya buat... ha kan dah napak ketara aku x suka orang menyibuk hal aku.. !
so len kali jangan nk sibuk2.. 
penyelesaiannya: aku akan buat x kenal dengan pakcik nie.. bila mntak balik pas hostel ak akan cakap lembut2 macam xder apa2 yang berlaku.. pakcik tu pon skang x cakap banyak.. dia terus jer bagi dan aku pon blah! yang pasti terima kasih pakcik ak tetap cakap.:)

okeh lastly: pakcik guard MC.& penyelia hostel 1 &2 
DIORANG NIE SEBAB AKU X LUKIS2 POTRET YANG DIORANG SURUH! 
BUKAN XNAK..
TAPI AKU SANGAT  BUZY... DAN YANG PALING UTAMA AKU MALAZ! 
penyelesaiannya:AKU AKAN LARI N MENYOROKKAN MUKA BILA NAPAK PAKCIK2 NIE.. KAN DAH NAPAK AKU NI MACAM PENJENAYAH.. 
mintak maaf pakcik2 sekalian.. suatu hari nanti saya pasti lukis untok pakcik.. :)

okeh sekian saja untok hari ini.. 
a
t
a
-___-''
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...