Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Monday, June 6, 2011

Who am I ?

Who am i?
Siapa aku?sebenarnya aku belum sedar siapa aku.Aku ni orang yang macam manakah?Adakah aku seorang yang bagus? Bila aku fikirkan kembali aku ni bukanlah sebagus mana.Bukanlah sekuat mana.Aku seorang gadis 19 tahun yang biasa.Gadis yang biasa-biasa.Anak orang biasa-biasa.Tak kaya tak miskin tapi sederhana.Dimana pada Oktober 12 tahun 1992 aku dilahirkan dengan berat 2.34 kg dan diberi nama NoorAtiqah dan aku membesar menjadi seorang gadis yang mempunyai ibu bapa yang begitu menitikberatkan soal pelajaran.

Aku juga dilahirkan dengan takdir memiliki sifat-sifat kreatif iaitu kecenderungan otak kanan memikirkan hal-hal yang kreatif dan berseni.Apakah sifat-sifat kreatif yang ada pada diri aku?Orang yang kreatif ialah orang yang memiliki sifat tabah,sabar,tekun,dan berdisiplin.Adakah aku mempunyai sifat-sifat tersebut? Aku hanya manusia biasa.Kadang-kadang aku mempunyai sifat-sifat tersebut dan kadang-kadang ada halangan yang membataskan aku untuk memiliki sifat-sifat tersebut apabila perkara yang berlawanan dengan sifat tabah,sabar,tekun dan berdisiplin mula menguasai diri.Halangan-halangan yang menghalang aku menjadi orang yang kreatif juga disebabkan dengan perasaan malu,takut dan tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai.Aku mengaku inilah kelemahan aku.Aku akan cuba memperbaiki supaya menjadi lebih baik.

Jika ada perkara yang memaksa aku untuk memerlukan kesabaran yang tinggi aku akan lakukan.Contohnya untuk mencipta sesuatu yang kreatif.Seperti contoh melakukan kerja-kerja seni seperti membuat sesuatu daripada kayu.Semua orang tahu untuk menghasilkan sesuatu dari kayu perlu mempunyai kesabaran dan ketelitian yang tinggi untuk menyiapkan dengan baik dan aku merasakan aku berjaya melakukannya.

Sejak sekolah rendah aku sedar aku banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian.Formula menghafal aku lebih banyak menggunakan kaedah lukisan untuk aku mengingati sesuatu.Sehingga aku di  sekolah menengah kaedah sebegitu sudah sebati dalam hidup aku.Subjek pendidikan seni menjadi subjek wajib aku mendapat A.Manakala subjek matematik tambahan  ialah subjek yang paling aku lemah sehingga setiap ujian aku akan gagal matematik tambahan.Kenapa aku gagal? Sebab utamanya aku lebih banyak menggunakan otak kanan.Iaitu otak yang mengawal perkara-perkara kreatif sehingga aku merasakan otak kiri aku yang mengawal perkara-perkara logical dan lebih kepada fakta begitu lemah.

Ciri-ciri kreatif telah lama wujud sejak aku kecil.Kenapa aku mengatakan ciri-ciri kreatif ada dalam diri aku?Aku lebih menggunakan intusi ataupon lebih banyak membuat keputusan dengan menggunakan gerak hati dan kadang-kadang aku merasakan gerak hati aku lagi tepat dari logik akal.Selain itu aku lebih banyak merenung masa depan dan lebih banyak berkhayal daripada memikirkan rasional dan sebab serta akibat. Bagaimana aku menunjukkan daya kreatif aku? Daya kreatif aku ditunjukkan dalam setiap hasil karya.Dengan peratus otak aku lebih tertumpu kepada otak kanan aku lebih cenderung bermain dengan warna, muzik dan emosi. Maka tidak hairanlah semua hasil karya aku banyak bermain dengan warna dan emosi yang berubah-ubah mengikut situasi.

Bagaimana pula dengan muzik? Bagaimana aku menggunakan unsur muzik dalam kehidupan seharian?Setiap hari aku akan mendengar muzik samaada lagu sentimental ataupun lagu heavy.Muzik itu sendiri akan mencetuskan mood untuk aku berkarya.Hasil-hasil karya aku  yang tidak seberapa kebanyakan dari kehidupan sekeliling.Apa yang berlaku pada masa itu,ketika itu, akan aku potretkan pada sekeping kertas ataupun dengan mengunakkan MS paint ataupun lebih moden menggunakan software Adobe Photoshop CS4.Dengan fugsi otak kanan yang mengawal tindakkan merenung maka terhasilah karya-karya aku hasil pandangan sekeliling.
Hasil-hasil karya aku bukan sahaja terdiri daripada lukisan malah terdiri juga daripada bentuk-bentuk puisi yang  banyak aku coretkan blog peribadi.Puisi-puisi yang dihasilkan kebanyakkan melibatkan  hati dan perasaan tentang orang-orang sekeliling dan rapat dengan aku. Melalui pendekatan secara menyeluruh puisi yang dihasilkaan bersifat sintesis ataupun mempunyai kesimpulan yang tersendiri dan pembaca berhak membuat tafsiran sendiri berdasarkan apa yang mereka fahami.

Sebagai seorang manusia dan beragama islam aku sangat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku dengan sifat-sifat kreatif ataupun dianugerahi keupayaan menggunakan otak kanan berbanding otak kiri.Mengikut pendapat aku, kecenderungan menggunakan otak kanan lebih bersifat kebebasan dalam berkarya tanpa diganggu oleh fakta  dan logik akal.Hal ini kerana sifat otak kanan yang mengawal unsur spiritual atau khayalan membuatkan kita bebas berfikir sehingga ke luar lingkup norma manusia.Dan inilah yang terjadi kepada diri aku sehingga aku tahu siapa diri aku dan kecenderungan yang bagaimanakah yang aku gunakan dalam kehidupan seharian saban hari.
Inilah serba sedikit tentang siapa aku sebenarnya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...