Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Friday, July 12, 2013

lelaki berambut berkaki panjang

12 Julai 

Hujan. renyai-renyai makin lebat. Aku masih ingat malam itu . Aku hanya memandang kau tak nampak. Aku diamkan. 

Masih aku ingat kali pertama kau duduk dengan kasut berkilat . Aku tegur dan kau malu-malu. Aku tersenyum dan aku terus lupa siapa kau sebenarnya . Itu cerita dulu .

Aku duduk menunggu bas. Setiap kali warna itu muncul aku pasti. Pasti wajah kau yang muncul. Sekali lagi aku diamkan. 

Ingat lagi kelas lantai tikar getah biru? Kita duduk bersila . Setiap hari begitu . Tanpa kau sedar mata ini melihat kau dari jauh . Aku senyum melihat gelagat kau yang gila-gila . Rindu sungguh waktu itu. 

Kita tunggu kita lihat sampai bila . 1095 hari. Itu waktu bodoh. 

Siapa kata? Aku masih mampu menunggu kau untuk dua ribu lima ratus lima puluh lima hari lagi . Itu pun kalau kau masih ada atau aku yang tak ada. 

Kalau ada kau tunggu. Jangan kau datang. Aku sendiri datang menyerah diri . 
Tapi kalau waktu itu kau dengan dia aku bawa diri . 

Itupun kalau dalam 2555 hari itu tak ada pria yang yang bawak hati aku pergi . Kalaulah...

Buat dia,

Hidup masih ok lagi sekarang.
Hidup makin ok berseorang.
Sudah besar bukan?
Selamat Hari Jadi ke 21.
Semoga baik-baik saja di sana :)

Tuesday, July 9, 2013

Kehidupan di bumi

housemate baru .

Aku dan kawan yang aku suka baru pulang dari mydin. Balik naik bas. Sampai je rumah then masuk rumah. Relax atas sofa.

Ada housemate tiga orang baru balik jugak. Mana merayap? aku tak kisah.
Aku jengukkan kepala. Farah depan pintu. Usha jugak. Exicited atau nak menunjuk awak ada bf naik moto dik?

Tak kisah. Aku dan Farah relax atas sofa macam biasa.
Pintu dikuak..

Perhh.. over excited. Azieqkah Naqibah? ok her name. Aku yang jahat masuk bilik dorang time depa takdak. Aku baru tahu nama mereka.

Si  zieqa naik tangga hentak-hentak kaki. Memberontak ya dik?
Aku sound

" Naik tangga slow-slow x boleh. Macam tangga bapak kau punya plak. "

Betapa kurang ajarnya aku untuk orang yang kurang ajar..
Kawan aku Farah angguk-angguk .

Dia bersetuju dengan cara aku. Bukan sekali mereka menguji kesabaran. Aku sabar. Kata Farah kalau kita sabar Malaikat ada je tengah tengok kita. " Sabarnya dia.." Malaikat berkata..

Tapi sabar aku sikit je. Tak banyak, lalu para Malaikat meninggalkan aku..
Cukup sampai sini. Aku akan kick out mereka bertiga.

Supaya aku dapat menjaga sabar aku, Supaya aku jauh dari membuat dosa sesama manusia .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...