Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Monday, October 17, 2011

hotsetap vs tak hotsetap

hi.
Ok kali ni nak bercerita pasal budak hot.  Diulangi.. BUDAK HOT. ok bukan artis. Dah tentu la tak popiular mcm retis2 tu.Bukan jugak blogger popiular Tp budak hot yang biasa-biasa je.  ..  Ok muka cantik. Cun. Bukan bajet cun. Tapi memang cun la. OK budak hot kan. Mestila mempunyai pakej yang lengkap. ye dop?  heh heh heh.
budak HOT
Siapa tak tahu kan fenomena kat fesbuk sekarang macam mana. Ok mereka rasa sangat CUN buat muka  macam tu.  ENTAHLAH.Aku tak paham sebenarnya. Janji mereka hepy. BUT, bukan ni yang aku saja nk timbulkan isu tapi nak story bila budak hot di atas update status...
okeyyyyyyy..  :D
Budak hot wat status merepek meraban sakit perut nak berak pon ramai yang like. Hokey.. sebenarnya aku tak paham x paham dan x paham. Adakah mereka rasa mereka cun dan mereka boleh update status apa-apa je??  takpelah. meh tengok . kih kih kih.


Okey aku tahu mereka hot. Ada friends ribu riban. So 20 30 friends like status dia nak berak pon takda hal la kan.


Okeyy sekali lagi mereka hot dan cun habis.  :D  
Status budak hot memang macam ni ke? SELALUNYA macam ni la kan. Ohhhh dimana kekasih hatiku nie... ewwwww... 
kalau budak hot wat status macam nie

TAPI... Kalau budak tak HOT buat?




Budak X HOT


Okey fine aku sedar aku tak HOT. :D  Nak cakap 20.. seorang pon x ingin nak like..Ada friends ratus2 je. Muka pon tak hot SO xda sape la  nak like. HAHAHA. Lumrah kan. 
ok tu je nak kongsi. 

akhir kata ,selamat likes status budak hot nak berak. lalalalaala :D

kbye!

Tuesday, October 4, 2011

Kadang-kadang seolah-olah

Hidup ni kekadang tak menjanjikan apa-apa bagi aku. 
Hidup je selagi dapat hidup. Sepeti tak ada arah tujuan. Apa yang aku nak dalam hidup.  Apa yang aku kejarkan. Apa yang aku rasakan. Seolah-olah di awangan. 
Pegang tak dapat. Rasa tak rasa. 
kadang-kadang hati ni susah nak duga. 
Rasa sayang.. rasa ego.. rasa marah.. rasa sedih.. kadang-kadang takut kehilangan diri sendiri.. 
mana aku yang dulu.. mana aku yang sekarang.. keliru..
Takut yang aku rasa sekarang seolah-olah menghimpit aku.
 Aku beritahu diri sendiri.. ''Aku dah dewasa'' 
aku perlu hadapi semua ni. Walaupun sendiri tak dibantu sesiapa.
 Walaupun ada dia yang selalu ada. 
Kadang-kadang rindu tu datang bertimpa-timpa.. 
seolah-olah sayang aku sampai aku takut kehilangan dia. 
Seolah-olah aku tak boleh hidup tak ada dia.
 Nak je ada dia depan mata. 
Yang boleh aku pandang lama-lama. 
Yang boleh aku nampak mata dia yang memandang aku. 
Kadang-kadang sayang aku sampai aku takut kehilangan dia. 
 Rindu walau tiap hari jumpa. bertentang mata.
 berkongsi rasa sayang dan cinta.. 




k bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...