Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Saturday, April 16, 2011

tolong ada lagi esok



entry khas untuk dia yang aku baru kenal x sampai 24 jam.
keletahnya yang aku rasa manja.mungkin.
Aku x pasti.Tapi memang begitulah aku kira.
Selama aku hidup keturunannya memang begitu.Tuhan apa patut aku buat. 
Perasan aku yang pada mulanya hipokrit lama2 buat aku layu pada lumrah dunia.
Aku juga manusia kan.
Aku x kisah kalau dia pergi dalam keadaan hati aku mengizinkan 
tapi dia yang meronta mahu melepaskan diri.
dia pergi dalam keadaan begitu.tapi luke cakap xper lepaskan dia. Tapi aku tahu luke lg sedih.
*
*
*
*
petang 16 april luke bawak dia. luke lari-lari menggelabah masuk bilik lepas balik giant.Tuhan apa masalah dy nie.Kelam kelibut jer ak tengok.Aku sabarkan jer ati aku nie. cuak kot.
aku tanya kenapa.luke cakap tengok luar. aku yang pada mulanya takut cuba memberanikan diri aku.aku tengok luar..Aku nampak dia.Sayu.
Dia nanges sambil pandang aku.Muka dia darah2.Kaki dia...
*
*
*
*
Luke masih nanges-nanges.Tapi aku masih stedy.Dalam hati Tuhan jer tahu apa aku rasa. 
Aku tolong luke bersihkan dia.Mandikan dia.Dia nampak tenang.mungkin sakit.lepas tu kami biar dia rehat dalam bilik.Apa boleh buat.Orang yang hanya tahu melukis x tahu jadi doktor.
xda sape yang pedulikan dia.xda sape yng nakkan dia.Selamat ada luke.
sampai hati org yang buat dia macam tue.
*
*
*
*
dalam satu ruang sempit. dia hembuskan nafas yang pantas.
mampukah dia hidup.6:30 petang Mana lagi mampu bawak dia.semua tempat digoogle.. ya esok! harap sangat dia dapat bertahan sampai esok.
dia tenang.Tetapi masih ada tangisan kecil.aku & luke biarkan dia seketika.
*
*
*
*
8:00 p.m luke ajak aku jadi doktor.Maaflah.. aku hanya mampu jd nurse.aku x tahu apa.Aku takut sebenarnya.Di atas lantai berlapikkan surat khabar dia dibaringkan.Dia masih tenang tp dia nampak sangat lemah.Nafas dia makin laju.Perlahan-lahan luke balutkan kaki dia.
Aku pegang kejap badan dia.Tiba2 dia nanges kuat.Kenapa...?
*
*
*
*
Perut dia.Perut dia luka!.Tapi luke cakap jangan pandang.Misi sekarang pasal kaki dia.Kaki dia mesti dibalut.Aku sebenarnya pon takut nk tengok.Aku ikotkan cakap luke.Tapi dia nanges2 lagi.Mungkin sakit sangat.Kaki dia dah nampak tulang.Serius x sanggup pegang dia kuat2 macam tu.Luke balut kaki dia
cepat2.Balut jer mampu.Nak cuci luka dia guna dettol antiseptic pon x sanggup.
Takut dia pedih.Apa boleh buat.Lepas balut dia terus tido.Dia diam jer.Mesti sakit sangat.
*
*
*
*
Dia terus tido.Diam jer.xpe aku n luke biarkan dia berehat.
11 malam : tiba2 dia melompat.Dia dah mula nanges2.
masa tu luke dah baring. Nak tido mungkin.
aku panggel luke.Aku dah mengelabah x tahu buat ape.
Luke bangun.luke dah start nangis.Tapi aku x. Aku masih hati keras.luke angkat ltak balik dia kat ruang sempit tue..x sampai seminit dia nk keluar balik.
Apa patut dibuat??Dia xnak dalam ruang sempit tue.
Dia lompat lg.Aku cakap luke.Biarkan dia kat luar.Dia panas kot.Luke cakap nk tukar balutan kaki tu. Dah penuh darah.Kesiannya dia.
Dia baring lemah atas lantai.Dia nanges lg kuat.Ya Allah sakitnye dia.
Masa dia baring tu badan dia turun naek. laju sangat! luke keluar kol boyfie dia. Tanya ap patut dibuat. Dia suruh ak tengok2kan dia.Tahu x apa aku nampak????
*
*
*
*
ISI PERUT DIA TERBURAI! 
aku lari2 cari luke.Aku gitau luke isi perut dia ada terburai. 
Luke angguk2 jer. luke dah tahu rupanya.
Tuhan..... sakitnya dia.Mungkin sakit kat kaki dia x terasa sangat..
 Mungkin kat perut dia lebih sakit! 
orang tua-tua cakap jauh dari perut xpe.Tapi dia betol2 kat perut.
Patutla dia dah x tahan.lebih 3 jam dia tidur je tiba2 dia sanggup lompat semata2 nak baring atas lantai.
Tahu x masa dia baring atas lantai dia nampak lemah sangat.luke duduk tepi pintu.Tiba2 dia bangun.Dia jalan terhinjut2 menuju pintu keluar.luke nangis lagi..
aku pandang jer dia keluar.luke kejar dia sambil nangis2.Aku dah buntu.luke pon.X tahu dah ap patut dibuat.
*
*
*
*
Aku duduk atas katil sambil pegang kepala.Serius buntu.Aku pergi kat luke.Luke cakap nak bawak dia turun bawah.Nak letak kat bawah.Aku tanya kenapa.Luke cakap.. lepaskan dia pergi.Luke cakap dia keluar dari bilik sebab dia dah x tahan.Dia dah tahu dia nak pergi.luke cakap dia kalau nak mati dia akan pergi jauh-jauh.Dia xnak kitaorg sedeh.Aku ikotkan jer.Dari tingkat dua aku n luke bawak dia belakang hostel.masa tu dah 12 malam.Aku tanya luke betol ker nk letak dia kat bawah.Luke cakap iqah lepaskan dia pergi. Apa aku boleh buat. Luke masa tu dah nanges2. Aku? aku hati keras.|cikitlah. ;'( |
*
*
*
*
Masa kat belakang hostel aku tanya luke.
Betol ker nak letak dia kat sini?
luke cakap xper. Biarkan dia pergi.Serius x sampai hati.Bayangkanlah.. :'(
lepas letak dia luke tiba2 ubah fikiran.
Dia cakap letak tempat laen sebab ada  longkang besar


*
*
*
*
luke cakap letak dia kat belakang kafe.kitaorg pon angkat dia.sampai belakang kafe kitaorg letak dia. dia macam relakan jer.macam dia dah tahu.dia diam jer xder nanges2..masa tu kitaorg duduk pandang dia.luke dah nangis lagi.luke cakap dengan dia sambil nanges2.luke belai dia.luke cakap kat dia kalo dia ada esok luke bawak dia g klinik.serius  luke cakap dengan dia.betol2 berharap.aku pandang jer.x nangis.Hati keras.
dalam baper minit duk situ luke ajak balik.aku tanya luke betol ker nk letak dia kat situ?luke cakap biarkan dia pergi iqah.jom balik.jangan buat aku ubah fikiran..
aku sebak! kaki aku x dapat nk bangun.aku cakap luke.. kau balik la dulu.jap g aku balik.
luke terus melangkah.. x toleh belakang lagi.aku??
aku x dapat tahan lagi.. lumrah.. aku nangis teresak2.. Tuhan tolong dia tuhan.aku belai dia. aku nangis. dia pandang lepas tu dia tunduk.Dia macam nak gitau.. jangan nangis iqah... tapi aku x boleh.. selama ni aku hipokrit.. aku hati keras aku tahan...
lumrahnya aku nangis jugak... 
tapi kenapa dia diam jer? kenapa dia x nangis jugak.. dia pandang aku jer.pastu dia tunduk.
sebaknya..aku cakap kat dia... aku mintak maaf x dapat tolong dia.. 
aku cakap kat dia tolong ada lagi esok
tolong ada lagi esok
tolong ada lagi esok..
bertahan kejap jer.
tuhan tolong dia..
aku nanges lagi.. aku belai dia.. 
aku cium kepala dia.. 
aku mintak maaf...
aku x mampu buat apa2..


sekarang dah 3:12 pagi.. aku pandang luar.. betol2 tempat kucing tue.. ada lagi ker dia? 
aku mintak  tolong ada lagi esok. amin~~ 
a
t
a
-___-''

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...