Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Tuesday, May 24, 2011

kasut biru rubina

Seorang wanita bangun dari tidur tanpa tubuh. Seorang budak lelaki cuba meniti keperitan alam kedewasaan bila haiwan mini mula keluar dari anusnya. Apa yang akan anda lakukan jika malaikat terlupa membawa unikon untuk harijadi anak perempuan anda? Dan apakah semua kasut jahat, atau hanya yang biru saja?

Watak2 dalam Kasut Biru Rubina mahu hidup dalam kehidupan biasa. Tapi yang luar biasa berlaku. Pendek, mengejutkan dan penuh penipuan yang hanya boleh lahir dari akal seorang penipu surat berantai Nigeria, cerpen Sufian Abas adalah snapsyot yang menerangkan keanehan dalam dunia yang wujud dalam mimpi ngeri kita.

Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpen pop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakaibuang (disposable literature) yang dipelopori penulis Yahudi kelahiran Vienna, Hermann Broch, ia diharap dapat menghiburkan pembaca dalam beberapa waktu mereka terperangkap di latar urban ini (misalnya ketika di dalam elarti, tatkala menunggu awek/balak, sewaktu menanti azan sebelum berbuka atau menunaikan solat dsb). Selepas dibaca ia bolehlah dibuang atau lebih afdal lagi didermakan kepada mereka yang dahagakan bahan bacaan tapi tak mahu terjerumus dalam pembacaan remeh seperti membaca tanda jalan, kotak konflek, notis dari jawatankuasa kampung, majalah mangga, atau surat pemberhentian kerja.



AKU NAK CARI BUKU NIE.. INI SERIUS! RM 15.00 FOR KASUT BIRU RUBINA..
terima kasih kedai e sastera!!

Sunday, May 22, 2011

ixara siantan merah





Kisah anak tunggal yang paling bahagia di waktu kecilnya..ibunya disahkan tidak dapat memberinya adik akibat kanser rahim.Rahim ibunya dibuang selepas dia menginap selama 9 bulan 10 hari.Dia yang pertama dan dia yang terakhir!
Ixara…indah namanya umpama siantan merah yang mekar berbunga.Tidak wangi tapi madunya manis.Semanis waktu kecilnya.Dibaja disiram penuh kasih.Ibu dan abah cukup kasih akan siantan merah.Dari sekolah rendah ke menengah pulangnya pasti berjemput.Dia peluk erat pinggang abah setiap kali menjadi pembonceng motosikal abahnya.
Tapi Ixara x mekar selamanya…tragedy kematian serta merta abahnya menjadi igauan.Dia tak keruan.Konflik si gadis terus mencengkam.Si gadis 16 tahun bukan lagi gadis! Siantan merahnya dipetik.Madunya dihisap dan dibuang! Hidupnya mendung.Norma kehidupannya berubah.Dia semakin liar menjalar.Tumbuhnya melata-lata.

Burung terbanglah…jangan berjalan.Pertemuannya dengan burung hitam berjalan di atas jalan memberi semangat baru. Ya itu benar…burung ada sayap…jangan berjalan…terbanglah.Dia tekad.Hidupnya perlu kembali ke jalan yang lurus.Burung ada sayap untuk terbang menyelamatkan diri..tapi dia punya kaki untuk terus berlari…dia tekad!

 

ya.. gelap itu malam

malam gelap.. hostel siswi KYM.. melaka.. aku keluar dari bilik.. ingin mencoretkan sesuatu.. duduk berdiri di tembok sambil tengok malam.. ya malam itu gelap..8:59 p.m.. dari jauh nampak kelibat lampu isyarat tekun melakukan kerjanya.. fikiran aku memikirkan sesuatu...
" Cik Leha? sy x faham catatan apa yang Cik Leha suruh buat?? adakah diari?? ooohh

entahlah.. aku hanya coretkan something yang aku nampak.... rasa... betol ke buku aku ni?
xpelah.. janji aku catat.

melihat pak guard bangunan sebelah yang termenung.. haisyy -___-''... x bosan ker jadi pak guard?

aku lihat lagi ke dada langit.. bintang satu cahaya terang dari yang lain.. menonjol...
AKU MAHU JADI SEPERTINYA!!!

aku pandang lagi.. kali ni ke depan.. kiri dan kanan.. aku lihat kaki langit.. jelas menunjukkkan BUMI INI BULAT!
YA ALLAH..KAGUM...




p/s: aku geram minah tu naek tangga bunyi plap plap plap kasut dia... CILAKE... !!!
sunday:22/5/2011 9:08 p.m Hostel kym melaka
t
a
t
a
-___-''

Saturday, May 21, 2011

Friday, May 20, 2011

aku mahu lihat matahari


di hostel.. kolej yayasan melaka.. jam 6:37 petang.. 
matahari seolah-olah malu menonjolkan diri..
 walaupun aku tahu dia ada.
Panas itu buktinya.. 
susah akal mencernakan apa yang aku fikir
Tapi aku tahu akal itu yang mampu membuatkan  aku berfikir.

t
a
t
a
-___-''
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...