Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .

Thursday, May 30, 2013

Aku mengejek pemikiranku di usia 13 tahun .

Dulu aku pernah tulis, bila masing-masing susah nak lepas. Dulu muda. Buta. Sekarang dewasa. Terang. Tak buta. Dulu kanak-kanak. Sekarang dewasa. Bersama dewasanya tubuh badan , semakin tinggi semakin bertambah atau berkurang berat badan tetapi ingatlah. Pemikiran semakin dewasa. Jangan jadi orang yang hanya pandai menilai kebusukkan orang lain. Bawah ketiak sendiri? Bukan tujuan aku menulis sebegini. Bila aku kembali menatap tulisan semasa pemikiran aku 13 14 15 16 17 18 19 20 dan paling terkini 21 tahun. Bila kita kembali ke zaman silam, zaman tulisan muda-muda. Ya aku sedar itulah cara kita. Apa yang kita tulis semasa pemikiran kita masih muda. Mentah. tak masak.

Jika dulu kita masih menggunakan kitew titew sayunk. Itu dulu. Sekarang dengan pemikiran dewasa kita sudah mampu untuk tulis kita dan sayang. Sudah matang. Dan kematangan ini akan terus diupgrade bersama dewasanya umur kita. Jika dulu kita tulis sayew sayunk awak sampai bilew2, buat sang cinta pertama sekarang kita sudah boleh hidup tanpa mereka. Hidup tanpa lelaki/wanita bergelar kekasih. Sekarang kita matang. 

Seperti aku yang mula mengenal erti tanggungjawab. Dulu mak ayah memberi kita duit, makan pakai hatta untuk membeli sependa atau baju dalam. Mak nak duit. begitu fasih lidah kita menuturkan itu setiap bulan. Sekarang? baru sedar untuk menjimatkan air dan elektrik bila sudah menduduki rumah sendiri. Dulu semasa tinggal dengan mak ayah?? never. Air dibiar melimpah. Televisyen dibiar bersembang sendirian. Baru sedar?? inilah pemikiran aku di kala umur aku hampir mengecapi 21 tahun. Aku tak pernah baca semula apa yang aku tulis 10 11 tahun lepas. Tetapi bila aku re-read, aku ketawa geli hati. Aku mengutuk. Bodohnya aku. Go cari diari atau selak-selak semula entry-entry lama anda. Aku serius mengejek pemikiranku di usia 13 tahun. 

3 comments:

naaisyah S said...

Hai, saya balas kunjungan :)

Sis, betul cakap sis. Pernah jugak selak diari lama-lama. Memang masa baca tu rasa macam 'E aku ke ni' Hahaha. Nice entry sis :)

Eyka Zueyka said...

come and follow my blog and don't forget to leave your comment..i will follow you back..tqvm.. http://eykazueyka.blogspot.com/

Topik said...

masa kecil masa yang berapi, aku dah sering mencaci tapi kini aku ingin mencari cinta sejati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...