Aku mahu mereka melihat aku sebagai manusia yang berjaya .
Showing posts with label aku ada DIA. Show all posts
Showing posts with label aku ada DIA. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

bila masing-masing susah nak lepas.

Lain manusia lain ragam. Tak semua sama. Sampai satu tahap kau rasa marah sangat-sangat. Orang tua-tua pernah cakap. Hidup berpasangan ni kena ada pro and kontra. Kalau seorang jadi api seorang lagi mesti jadi air/batu etc. Kalau nak kekal lama lah. 

Selalu bergaduh tu perkara biasa. Tambah-tambah kalau dah lama hidup sesama. Tak kisah la couple atau suami isteri. Macam aku selalu sangat berantam. Kalau tak jadi kat aku jadi kat roomate aku. Perkara simple boleh jadi sangat trouble. Rasa nak tendang bontot je kalau kita tanya kenapa..orang tu jawab "tak da pape.."



Ada cara nak hadapi semua ni. Tapi janganla kau pegi tendang bontot bebetol lak. Pertama sekali kau lawan je balik. Tak kisah la salah siapa pun. Kalau nak ikut tip aku kau lawan je. dush dush dush. Ha rasakan. Padan muka




Cara aku ni stress sikit. No i mean sangat stress.. Berani cubalah. Contoh la :-

Pempuan: " Eh kau apa hal. Nak gaduh mai ar! Kau ingat aku takut dengan kau ke! " (Kalau nak ekstrim lg kau mencarut la pape. HAHAHA. )
Lelaki: Eh dah kenape. saya tak ajak gaduh pun. Saya tak suka cara awak ni. TAK PAYAH NAK KURANG AJAR SANGAT LA KAN!  )
Pempuan: Kau tak suka cara aku kau punya pasal la. Ingat aku peduli. Gua tak kisah la bro.(Makin ganas. )
lelaki: Eh kau apasal biadap sangat pempuan.! Baik kalau kau tak kisah aku nak buat apa lagi. Suka hati kau la. Aku ikut je apa kau nak la! (dah hilang sabar.) 
perempuan: (tak reply)
..........
..........
..........
..........
...........
...........
............

selepas beberapa jam...

perempuan: awak saya mintak maaf. Saya tahu saya salah. Saya kasar. Saya mintak maaf sangat-sangat. 
lelaki: kenape awak selalu buat saya macam ni. Saya sayang awak tahu tak. bla bla bla
Perempuan : just let it go. bla bla bla.
lelaki: ok. saya pun mintak maaf. bla bla bla

Lastly masalah ni boleh jadi normal balik. 


p/s: Acctually benda ni selalu berlaku. mungkin kita tak mintak. Tapi masing-masing keras kepala. Bila dah selalu jadi so ambil pendekatan yang mudah. Kita lawan dia lawan. Tak pe. Aku rasa bila masing-masing menegakkan benang yang basah masing-masing akan rasa puas. Inilah cara kita melepaskan marah. Lawan je sampai puas. Biar sama-sama rasa nak menang. Selepas kau dah puas kau tinggalkan sekejap. Lastly kau mesti kena mintak maaf. MESTI. 

Cuba kau cakap kat diri sendiri, walau apa pun terjadi, macam mana kau marah sekalipun, macam mana teruk sekalipun, kau takkan undur diri. Macam tu aku pesan kat dia.  Mungkin kadang-kadang  kita buat dia hilang sabar gila-gila. Sampai dia nangis-nangis. 

yang penting :-
LAWAN
LAWAN
LAWAN
SABAR
CALM DOWN
MINTA MAAF

Macam nilah bila masing-masing susah nak lepas

k. bye. ;P


Sunday, April 8, 2012

Kun Fayakun Jadilah! maka terjadilah ia

Bila kau dah terlalu kecewa sampai satu saat kau nak simpan je benda yang buat kau marah kau sedih. Kau niat xda sape pon yang akan tahu. kau nak pendam.. kau nak simpan. diri kau je nak tanggung. Tapi tu dalam hati kau je. niat kau x cukup kuat. Akhirnya sorang-sorang tahu apa kau rasa. Dengan harapan bila kau kongsi dengan someone hati kau akan tenang. At least bila mereka nampak kau sedih tekanan mereka tahu sebab apa. 
tapi bila mereka tahu apa kau rasa tiba-tiba kau menyesal. Kau cakap dalam hati kenapa aku bagitahu mereka. sepatutnya tak! kau boleh tanggung sendiri. Tapi kau tak sedar, semuanya dah terlambat. Kau dan mereka tahu apa kau rasa. Manusia selalu khilaf. Selalu buat silap. selalu buat salah. Tersilap langkah. Ikut kata hati lebih dari akal fikiran. Mungkin orang yang kau bocorkan rahsia hati kau tu bukan org yang tepat. Tapi... entah.. xda perkataan dah untuk seterusnya. 


Tuesday, October 4, 2011

Kadang-kadang seolah-olah

Hidup ni kekadang tak menjanjikan apa-apa bagi aku. 
Hidup je selagi dapat hidup. Sepeti tak ada arah tujuan. Apa yang aku nak dalam hidup.  Apa yang aku kejarkan. Apa yang aku rasakan. Seolah-olah di awangan. 
Pegang tak dapat. Rasa tak rasa. 
kadang-kadang hati ni susah nak duga. 
Rasa sayang.. rasa ego.. rasa marah.. rasa sedih.. kadang-kadang takut kehilangan diri sendiri.. 
mana aku yang dulu.. mana aku yang sekarang.. keliru..
Takut yang aku rasa sekarang seolah-olah menghimpit aku.
 Aku beritahu diri sendiri.. ''Aku dah dewasa'' 
aku perlu hadapi semua ni. Walaupun sendiri tak dibantu sesiapa.
 Walaupun ada dia yang selalu ada. 
Kadang-kadang rindu tu datang bertimpa-timpa.. 
seolah-olah sayang aku sampai aku takut kehilangan dia. 
Seolah-olah aku tak boleh hidup tak ada dia.
 Nak je ada dia depan mata. 
Yang boleh aku pandang lama-lama. 
Yang boleh aku nampak mata dia yang memandang aku. 
Kadang-kadang sayang aku sampai aku takut kehilangan dia. 
 Rindu walau tiap hari jumpa. bertentang mata.
 berkongsi rasa sayang dan cinta.. 




k bye!

Saturday, February 26, 2011

tulisan di atas pasir

dia semakin alpa... embun jernih menitis di subuh hari..
dia bangun menghirup udara segar lagi sejuk ciptaan DIA.Tanpa dia sedar dia semakin jauh ketinggalan.. dia seperti siput kalah kepada semut..Keindahan dunia buat dia semakin lupa siapa dia..
dari mana datangnya dia.Asal usul dan keturunannya..indahnya dunia...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

pagi itu sejuk...terbujur satu tubuh kaku terbaring lesu..
dia.. ya! itu dia..tapi kenapa kaku x bersuara?
dia dikelilingi manusia serba putih..
dia panggil  mereka...
sepi...
sunyi..
tiada sahutan..
dia menjerit..
cuba meronta..
tapi......
mereka hanya memandang..
kenapa dia dibiarkan kaku begitu...?



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


pagi itu.. saat dia masih alpa dengan dunianya..
tiba2..... tubuhnya sakit..
nyilu...
pedih..
hancur..!
darah merah pekat mengalir 
seperti sungai yang tiada hentinya...
dia seperti gula dihinggap c semut kerdil..
semua mahu menatap dirinya..
tp dia x mampu bersuara..
kelu x berkata-kata..
tubuhnya dikutip satu persatu..
tiada satu yg tertinggal...
kecuali darah merahnya



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


pagi itu dia kaku sendiri...
gelap..
dia buta dia x nampak 
dalam ruang sempit itu..
kiri kanan seolah-olah meghimpit..
tiada lagi udara segar pagi seperti waktu dulu..
tiada sezarah cahaya menerangi dia
dia tiada arah..!
pasrah..
begini berakhirnya hidup dia..
tanpa sempat dia 
mengenali 
mengetahui
menghayati
siapa DIA.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


pagi itu...
tubuh kakunya tersedar dr lena yang panjang...
dia lihat kiri..
dia toleh kanan..
dia nampak cahaya..
dia hirup udara
ya! dia masih bernyawa...
masih teguh kakinya
memijak dunia..
tiada lagi manusia serba putih..
tiada lagi tubuh hancurnya..
tiada lagi kegelapan..
tiada lagi ruang sempit menghimpit...
dia mimpi...!!
syukur Ya Allah dia masih bernyawa..
masih ada kesempatan 
masih ada peluang 
mengenali penciptanya..



ya... dia masih ada peluang kembali ke jalanNya..
semoga pintu hati dia sentiasa ada DIA.
Amin~~

t
a
t
a
-____-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...